Assalamualaikum..
Buat kedua cahaya mataku.. Uwais dan Humaira..
Baba buat blog ni sebab Baba tak tahu berapa lama lagi Baba boleh hidup.. Entahkan esok entahkan lusa Allah akan jemput Baba kembali kepada Nya.. Ketahuilah anak-anak Baba.. Baba sayang kamu berdua lebih dari segala harta kebendaan yang Baba ada..
Kamu berdualah harapan Baba untuk meneruskan amal Baba selepas Baba meninggalkan dunia.. Atas sebab itu Baba bercita-cita untuk anak-anak Baba menjadi seorang Hafiz/ah.. Allah.. Betapa gembiranya Baba kalau kamu berdua dapat apa yang Baba tak dapat.. In syaa Allah Baba usahakan sampai kamu berdua berjaya.. Selagi nyawa dikandung badan.. Uwais.. Humaira.. Ini perancangan Baba.. Namun Allah jualah penentu segala-galanya..
Baba selalu berdoa agar kamu berdua menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.. Baba tidak pernah risau akan rezeki yang Allah dah tetapkan.. Namun kerisauan Baba lebih kepada ketentuan yang berubah-ubah mengikut kelakuan kita semua.. Fahamkanlah hai anak-anak dunia ini tempat ujian untuk kita.. Tempat kita disaring untuk masuk ke tempat pengakhiran kita yang kekal abadi.. Jiwa-jiwa yang kotor dan tersekat bakal menjadi penghuni neraka dan jiwa yang suci murni akan dapat masuk ke syurga.. Bersyukurlah kita semua ada kalimah Tauhid.. Jagalah kalimah itu agar ia kekal bersama kita hingga ke akhir hayat..
Baba tak tahu berapa lama lagi dunia ini.. Mungkin kamu sempat membaca tulisan ini.. Mungkin juga tidak.. Tapi Baba buat juga moga-moga menjadi manfaat buat kamu berdua..
Uwais andai Baba pergi dahulu tolong Baba jagakan keluarga kita.. Mama itulah ibu kamu.. Syurga atau Neraka kamu.. Jagalah Mama.. Jangan sekali-kali kamu lukakan hatinya.. Jagalah hati Mama dan kamu sedang menjaga syurga kamu.. Adik kamu pula ibarat sebuah batu.. Ia boleh jadi penghalang dan boleh juga jadi loncatan.. Didiklah dia dengan bijaksana agar dia jadi isteri yang solehah untuk bakal suaminya nanti..
Humaira.. Andai baba pergi dahulu.. Ketahuilah kunci syurga mu ialah Taat.. Taatilah Allah dan Rasul Nya.. Taatilah wali kamu.. Baba, Mama, Abang Uwais dan kelak suami mu.. Dan jagalah kehormatan mu.. In syaa Allah syurga untuk mu..
Uwais sebagai lelaki Muslim tanggungjawab kita sangat besar.. Banyak yang kita kena jaga.. Kita kena jawab.. Takkan mampu kita jawab tanpa bantuan Allah.. Kunci dia ialah bantuan Allah.. Perhatikan ayat Al Quran.. Surah Muhammad Ayat ke 7.. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan mu.. Jadi bantulah agama Allah.. Bersama-sama berjemaah tegakkanlah agama dalam setiap hati manusia.. In syaa Allah.. Allah akan bantu kita.. Ketahuilah Allah tidak perlukan bantuan kita namun kita yang perlukan bantuan dari Nya..
Baba bukan ustaz.. Kerana itulah cita-cita Baba ialah untuk kamu berdua lebih mengenali Allah.. Lebih dari Baba.. Lebih dari Mama..
In syaa Allah.. Ada umur Baba tulis lagi.. Salam sayang dari Baba..
Comments