Kawan...
- Yang Pertama kawan tepi jalan..
- Yang Kedua kawan kedai kopi..
- Yang Ketiga kawan depan pagar..
- Yang Keempat kawan sampai dalam rumah..
Kawan tepi jalan kita jumpa tepi jalan sahaja.. Jangan lebih dari itu.. Kawan jenis ini ialah kawan yang memberi pengaruh buruk pada kita..
Kawan kedai kopi ialah kawan untuk kita berborak.. Dia tidak memberi pengaruh buruk.. Cuma dia tidak memberi manfaat untuk masa kita.. Berkawan dengan mereka menghiburkan hati kita.. Dan menjadikan kita orang yang pandai menilai manusia..
Kawan depan pagar ialah kawan yang kita percayai.. Yang kita tahu hati mereka namun ada perangai mereka yang menyebabkan kita tidak mahu mereka di dalam rumah kita.. Contohnya mereka pernah menceritakan akan keburukan orang lain kepada kita.. Jadi kita percayakan mereka untuk tahu rumah kita di mana tetapi tidak sampai mengizinkan mereka ke dalam rumah..
Kawan sampai dalam rumah kita kawan jenis ini sangat-sangat jarang dapat kita jumpa.. Mereka menasihati kita kerana Allah dan menginginkan kebaikan untuk kita.. Carilah ramai-ramai kawan yang seperti ini.. Kawan yang sanggup bersusah bersama-sama kerana Allah.. Sentiasa mengingatkan kita tentang Allah.. Doalah agar Allah kurniakan ramai kawan yang seperti ini. Ketahuilah anak-anak Baba, kawan-kawan kita itulah kita.. Jika kawan-kawan kita baik.. In syaa Allah lama-lama kita juga jadi baik.. Jadi pilihlah kawan dan letakkan tempat untuk mereka mengikut ketaqwaan dan keikhlasan..
Yang paling penting sekali, jangan bermusuh selain kerana Allah..
Comments